Minggu lepas and minggu ni (might be minggu-minggu mendatang), amat mencabar bagi aku sebagai seorang HR.
Monday, July 13, 2009
Morale Level = -40
Sunday, June 14, 2009
Recruiting
Minggu-minggu mencabar sbg HR kat Carigali sudah bermula. Staff yang akan deliver/due tu, minggu depan akan start cuti bersalin. Aku kena take over kerja dia 100%.
Saturday, June 06, 2009
Weekend yang panjang
Malang sungguh nasib aku minggu ni. Nak balik umah tapi tak bleh. Cuti 3 hari burn camni je.
Tuesday, April 21, 2009
Medical Checkup & Dinner
Baru hari ni berpeluang utk buat medical checkup. Offer letter smpi 13hb lepas lagi, sepatutnya hanar sebelum 20hb tapi sebab aku demam, aku mintak hantar kemudian je medical checkup. Just reply offer letter je dulu tanda setuju.
Monday, April 20, 2009
Manage Bengkel untuk Air Kelantan
Minggu lepas website Air Kelantan dah secara rasmi dibuka. Payment aku pun dah dapat full, boleh la wat beli barang utk kerja kat Carigali.
Wednesday, April 01, 2009
business trip
Kampeni tempat aku kerja ni secara kontrak ni ada la wat famili day kat Merang Beach Resort, Terengganu. Bukan famili day sebenarnya tapi lebih kepada bisnes trip.
Thursday, March 26, 2009
Blog Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tahniah kepada Tok Guru kerana ada blog sendiri. Perasmian blog beliau dibuat di KB Mall pukul 2.30 ptg tadi. Ingat nak pergi jenguk, apakan daya ada meeting plak.
Dengan ada blog bolehlah Tok Guru gunakan untuk berdakwah sekali.
Saya akan update bila dah dapat link blog beliau.
UPDATE: Blog Tok Guru tak ada RSS, harap APTUS Net ambil perhatian.
Sunday, March 22, 2009
balik kampung tanam jagung
takdela tanam jagung, last weekend balik kampung mak. pegi tebas lalang n tabur baja sket kat pokok depu / gaharu kat tanah kebun bapak aku.
ang
kebun asal tanam pokok buah cam durian, salak, duku, langsat etc. tapi sebab kurang balik kampung, byk hasil jadi habuan penghuni hutan je. teruk lagi, byk pokok tumbang kena sondol dgn gajah. so, tukar tanaman plak, tanam gaharu. taktau le, takut kena curik je.
terlupa bawak phone time gi kebun, kalau tak, leh amek sket gambar. kampung jauh di pedalaman, memang takde line. so, phone simpan je, sebab tu lupa nak bawak time gi kebun
Saturday, March 14, 2009
Allah / Tuhan
Lambat sikit komen pasal benda ni, tak sempat nak update.
Lucu ye kerajaan kita ni, benda yang tak perlu digazetkan, telah digazetkan. nak lucu lagi, tarik balik gazet tu sebab kontroversi. adeh...
pertengahan feb lalu, kerajaan telah wartakan, menarik balik pengharaman penggunaan perkataan 'Allah' oleh orang Kristian dengan syarat ada tulis 'Untuk Agama Kristian Sahaja'. Jadi, The Herald, berita rasmi Katholik suka hati la dorang. Eh, eh pada 28 feb, menteri dalam negeri wartakan satu lagi untuk batalkan warta yang awal tu. adeh...
menteri di jab. perdana menteri plak, bernand dompok merayu kat kerajaan untuk risalah katholik tu gunakan perkataan 'Allah' sehingga kes ni selesai kat mahkamah. dia ckp, the herald ni dikeluarkan 14,000 naskah je sebulan. adeh... jangan mudah terpedaya dgn dompok ni ckp edaran herald ni kecil. bila kerajaan dah luluskan, bykla buku agama mereka dari indonesia dalam bahasa melayu masuk ke malaysia. bahasa melayu dan bahasa indonesia tak 100% sama. intrepretation Allah dan Tuhan mungkin berbeza di indonesia. macam perkataan 'butuh', di malaysia mungkin tak elok tapi di indonesia ok je.
apa salahnya guna perkataan 'dewa', selesai masalah. tapi, saje je nak suh org confuse. okla, saya bagi 1 situasi yang ada golongan ckp Allah dan Tuhan tu sama. Bawak parent korang pegi batu caves, pastu tunjuk kat patung berdiri tegak tu n then cakap, "Mak, itupun 'Allah' gak".
Friday, March 13, 2009
bila dah jahil
adik pompuan aku ni memang minat AF. So, dia tengok la dairi AF7 kul 9-10 mlm tu. Aku pun tgk la jugak sebab taktau nak wat ape mlm2. Ada 2 episod aku tengok dan aku perasan 2 benda yang bertentangan dgn agama kita.
1. ada surau tapi ada section disediakan confession room. confession room ni hanya ada kat church je. tengok, main campur-campur je.
2. innershine ni salah satu sponsor af7, so dorang ni minum la ramai2. nak minum tu, dorang laga2 botol (ntah apa org panggil, toss ke?) pastu minum. hukumnya, minuman tu dah jadi arak.
adeh, apa nak jadi...
Tuesday, March 10, 2009
recommended
baru cadang nak call lusa sebab nak cukupkan 1 bulan (aku interview 13feb), tetiba pet call tanya aku dah grad ke blom. resume aku memang ramai yang confuse sebab part graduation date tu aku letak Oct 2009.
yeah, aku da pass interview, skrang tunggu placement. Alhamdulillah.
Monday, March 09, 2009
Siapa Penderhaka?
Aku senaraikan rentetan peristiwa sebagai bukti siapa penderhaka kepada institusi diraja kat negara kita sebab muak da aku dengar pasal PR menderhaka.
1. Pengasas Umno, Onn Jaafar dibuang istana (istana johor), membawa diri ke singapore sebab krisis sultan johor pasal isu harta.
2. 1954, tan sri ghazali jawi tak nak letak jawatan menteri besar perak walaupun perjanjian asal bole pegang hanya 2 thn. sultan idris murka & bernazar taknak cukur janggut selagi ghazali takmau letak jawatan
3. 1979, bekas menteri besar pahang, datuk rahim bakar berselisih faham dgn sultan pahang. media pro umno kritik sultan secara open.
4. 1981, sultan kelantan dihentam teruk dlm persidangan agong umno menyebabkan umno kalah di kelantan.
5. 1983, umno minta supaya kuasa yg dipertuan agong dikurangkan pasal istihar darurat.
6. dlm persidangan agong umno gak, perwakilan umno minta harta raja disiasat.
7. satu demonstrasi & memorandum dihantar kpd sultan kelantan oleh pemimpin umno kelantan.
8. 1993, perdana menteri time tu mintak pinda perlembagaan persekutuan supaya raja boleh dibawa ke mahkamah bila raja-raja melayu tidak setuju dgn pelihan itu, media kritik secara open salah laku sultan/raja. ada demonstrasi berlaku menyokong tindakan pemimpin tersebut.
lu pikir la sendiri.
