my life after graduate: Allah / Tuhan

Saturday, March 14, 2009

Allah / Tuhan

Lambat sikit komen pasal benda ni, tak sempat nak update.

Lucu ye kerajaan kita ni, benda yang tak perlu digazetkan, telah digazetkan. nak lucu lagi, tarik balik gazet tu sebab kontroversi. adeh...

pertengahan feb lalu, kerajaan telah wartakan, menarik balik pengharaman penggunaan perkataan 'Allah' oleh orang Kristian dengan syarat ada tulis 'Untuk Agama Kristian Sahaja'. Jadi, The Herald, berita rasmi Katholik suka hati la dorang. Eh, eh pada 28 feb, menteri dalam negeri wartakan satu lagi untuk batalkan warta yang awal tu. adeh...

menteri di jab. perdana menteri plak, bernand dompok merayu kat kerajaan untuk risalah katholik tu gunakan perkataan 'Allah' sehingga kes ni selesai kat mahkamah. dia ckp, the herald ni dikeluarkan 14,000 naskah je sebulan. adeh... jangan mudah terpedaya dgn dompok ni ckp edaran herald ni kecil. bila kerajaan dah luluskan, bykla buku agama mereka dari indonesia dalam bahasa melayu masuk ke malaysia. bahasa melayu dan bahasa indonesia tak 100% sama. intrepretation Allah dan Tuhan mungkin berbeza di indonesia. macam perkataan 'butuh', di malaysia mungkin tak elok tapi di indonesia ok je.

apa salahnya guna perkataan 'dewa', selesai masalah. tapi, saje je nak suh org confuse. okla, aku bagi 1 situasi. Ada golongan ckp Allah dan Tuhan tu sama. Bawak parent korang pegi batu caves, pastu tunjuk kat patung berdiri tegak tu. "'Tu Allah". Sama tak maksud?

0 comments:

Erzwan.com