my life after graduate: Apa Makna Bahagia Eh?

Sunday, April 24, 2011

Apa Makna Bahagia Eh?

Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, kegagalan, kekecewaan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia?

Jika Dia hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekali pun.. Jika Dia menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekali pun.



Hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI. Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA, itu lebih BERMAKNA!

0 comments:

Erzwan.com