my life after graduate: Pabila

Wednesday, June 08, 2011

Pabila

Pabila kecewa, kita akan belajar agar tidak terlalu lama kecewa, kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan.

Pabila terlalu sedih, kita akan belajar bahawa kesedihan tidak membawa kita ke mana-mana.

Pabila membenci, kita akan sedar kita juga turut dibenci.

Pabila berdendam, kita dapati sifat dendam itu membuatkan jiwa kita resah gelisah.

Pabila lalai menjaga rukun-rukun agama, kita alami hidup yang tunggang langgang, tidak tenang dan haru biru.

Kesedihan, kekecewaan, kebencian, kelalaian dan sebagainya, itu semua juga punya peranan tersendiri. Semua yang hadir pada diri ini, ada hikmahnya.

0 comments:

Erzwan.com