my life after graduate: Ditikam

Friday, July 01, 2011

Ditikam

Bagaimana rasanya jika anda ditikam dari belakang? Maksudnya, anda dikhianati oleh orang yang anda percayai, hormati malah anda sayang. Apakah perasaan anda jika anda ingin perkara seumpama itu tidak berlaku (malah tidak pun menyangkanya) tetapi ia berlaku juga dalam episod hidup yang singkat ini? Ya, anda, saya dan kita semua pasti melalui episod yang sedih dan tidak disangka itu dalam hidup. Jika tidak berkali-kali, pasti sekali kita mesti ’terkena’.

Mesti ada rasa geram dan kecewa. Kadangkala menjadi curiga dan berprasangka buruk dengan semua orang. Insiden pahit yang sekali itu menjadi trauma dalam jiwa yang menyebabkan kita sukar mempercayai sesiapa lagi. Ya, jika dia yang begitu akrab dengan kita, mungkin begitu tinggi ilmunya, mungkin telah banyak budi dan jasanya… pun tergamak melakukanya, apatah lagi orang lain?



Jika itulah akibatnya, hidup kita akan hilang bahagia. Kita tidak akan ceria lagi. Bila kita sudah tidak ceria, apa yang dibuat pasti tidak menjadi. Hari-hari yang indah bertukar gundah. Kita rasa malas melangkah dan segala potensi diri pudar tidak menyerlah!

Cuba berhenti mengenang perbuatannya, jauhkan diri dan berhati-hati dengan ’gunting dalam lipatan’ tapi semua tidak menjadi. Mahu tetapkan satu jarak yang jauh tetapi takut memutuskan pula. Cuba pula belajar memaafkan. 'Jangan membalas Mesol. Jangan kita mengkhianati diri sendiri hasil pengkhianatan orang kepada kita!', kata hati kecil ini.

Aku percaya strategi liciknya akan membelit dirinya sendiri. Dan dia akan terjerumus dalam lubang yang digalinya sendiri!

2 comments:

szemin86 said...

Kalau akulah, pulangkan paku dengan buah kerasnya sekali..

zila said...

pernah merasainya.dan masih merasa kesakitannya :)

Erzwan.com