my life after graduate: Relakan

Saturday, July 09, 2011

Relakan

Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia, kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat susah. Mahu taknya, untuk mengenal hati sendiripun, kadang-kadang kita tidak mampu… inikan pula hati orang. Sukar diduga. Disangka permata, rupanya kaca.

Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding ‘mencari’ orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri.Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Perubahan mesti berlaku dari diri aku sendiri.

Aku yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, aku relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan!

1 comments:

Azwan Aziz said...

ape cite ni bro? story la kat aku sket..

Erzwan.com