my life after graduate: Duit Raya

Saturday, August 20, 2011

Duit Raya

Tadi ada seseorang call aku...nombor tak naik. Cuma kelihatan "Witheld". Dia cakap dia ini staff daripada Celcom. Tetapi daripada nada percakapan, aku kenalpasti slang Indonesia. Kebetulan aku tengah boring, aku layan jerlah dia... :D

Dia cakap yang sim card aku menang hadiah cabutan bertuah yang bernilai RM5,000. Fuh banyak tu... Aku pun buat2 suprise gitu... selepas itu banyak perkara yang aku sembangkan. Dia yang nampak aku suprise makin seronok pulak bercerita...

Ringkas cerita...

Setelah agak lama bersembang, dia minta no account bank aku. Katanya mana2 bank pun boleh. Tetapi lebih baik jika bank BSN atau Bank Rakyat. Kerana 2 account bank ini tidak dikenakan apa2 cas untuk transfer. Aku cakap aku tiada 2 account bank tersebut.

Katanya agak susah jika tiada kedua account bank tersebut.

Dia tanya lagi, account apa yang aku ada.

Aku beritahu, "saya cuma ada account CIMB dan Maybank sahaja.

Dia jawab..."Wah agak susah encik. CIMB perlukan cas sebelum duit dapat di transfer."

Aku tanya, "Berapa casnya?"

Dia jawab,"Lebih kurang RM300. Akan tetapi masa pemprosesan wang tidak begitu lama. Lebih kurang 1 atau 2 jam. Jika encik mahukan wang encik dengan segera, encik boleh masukkan wang untuk casnya terlebih dahulu"

Aku tanya lagi untuk kepastian, "Berapa jumlahnya?"

Dia jawab, "RM300"

Aku jawab, "Minta maaf encik, saya sekarang tidak punya wang sebanyak itu. Semalam sahaja saya baru transfer RM300"

Dia tanya lagi, "Untuk apa encik?"

Aku jawab, "Bayaran untuk cas perkhidmatan"

Dia tanya balik, "Jadi encik tidak mahu wang cabutan RM5,000 ini?"

Wah...pandai dia nak psiko aku ek...siap kau...

Aku cakap dengan lemah lembut, " Bukan macam tu...semalam sudah ada yang telefon, cakap sim card saya menang hadiah cabutan bertuah 1 juta !"

"Jadi dia minta saya transfer RM300 untuk cas CIMB."

Dia agak terkejut sedikit, "Wah! belum pernah lagi saya dengar hadiah bertuah sebanyak itu."

Ceh...dah ler kaki scammer, ada hati nak tipu aku lagi...

Aku jawab balik, "Hadiah ini sememangnya luarbiasa banget. Berbanding dengan hadiah kamu RM5,000...agak sedikit."

Dia tanya balik, " Biar betul encik...ini kali pertama saya dengar jumlah cabutan bertuah sebanyak itu... Adakah encik betul2 serius?"

Aku jawab balik..."Iya...saya betul2 serius. Saya sendiri nggak tahu sama ada 1juta ringgit ataupun 1juta rupiah. Cuma yang dia beritahu 1juta."

Apabila dengar sajer aku speaking ala2 indonesia dan ada sebut rupiah, terus dia putuskan line.

Hampeh betol...tak sempat aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya. :p

1 comments:

B3@r D 3@73r said...

wah..rajin ko berblog..hehe

Erzwan.com