my life after graduate: Lapangkan Dada

Sunday, August 07, 2011

Lapangkan Dada

Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila mula bertindak selaras dengan apa yang disesali. Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah.

Secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan.

Aku perhati hari-hari yang dilalui di Ramadan yang mulia ini, penuh pahala atau sebaliknya? Bagaimana di sini (di dunia), begitulah di sana (akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!

0 comments:

Erzwan.com