my life after graduate: Abu Cluster

Wednesday, September 28, 2011

Abu Cluster

Dapat lari dari keserabutan dan tidak dapat berhubung dengan dunia luar untuk tiga hari amat menenangkan jiwa.


Ditugaskan untuk ke offshore untuk melawat kakitangan di Abu Cluster yang terletak lebih kurang 200km dari pantai Terengganu, hampir satu jam perjalanan dengan helikopter. Abu Cluster terdiri daripada Satellite Platform Abu A dan Floating, Storage and Offloading vessel (FSO).

Tak berkesempatan untuk ambil gambar, takde kamera. Handphone pulak tidak dibenarkan sama sekali.




Pengalaman mobilize menggunakan basket & boat dari kapal ke platform, satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kebetulan pula diadakan juga fire drill yang dipanggil Prepare to Abandon Platform Alarm (PAPA) juga satu pengalaman hebat.

Malam kedua berada di atas kapal amat mengerikan dengan kelajuan angin antara 70-80 knot menghayun kapal. Mabuk laut jugak dibuatnya.

Tiga hari yang penuh tenang dengan laut terbuka luas, amat indah alam ciptaan Ilahi..

0 comments:

Erzwan.com