my life after graduate: Bersangka Baik

Monday, September 12, 2011

Bersangka Baik

Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!

Tragedi masa lalu menyengat berkali-kali jika dikenang selalu. Cuba mencari pengajaran daripadanya dan selepas itu terus cuba lupakan. Jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang dihadapi masa kini. Cari dan terus mencari apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

Bersangka baik walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Mungkin tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya punya kekuatan untuk menghadapinya.

Bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur ditambah nikmatNya. Selalu berpesan pada diri sendiri, "Jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!".

0 comments:

Erzwan.com