my life after graduate: Lumut Trip

Wednesday, September 07, 2011

Lumut Trip

Nature kerja aku tidak memerlukan banyak travel, so bila dapat outstation sekali-sekali ni, excited la jugak. Tapi, kesihatan tak mengizinkan sangat, kuatkan je la semangat, dah tanggungjawab kan..

Lepas je habis cuti raya aku terus bertolak dari Kelantan pukul 9 pagi hari Ahad terus ke Lumut. Perjalanan hampir 400km memakan masa lebh kurang 7 jam. Tiba di Best Western Marina Island Hotel Pangkor pukul 4 petang. Badan terasa letih, so baring-baring tapi mata tak nak lelap.

Keluar kejap tengok suasana sekitar Lumut ni. Sempat la pegi tengok jeti baru dan Teluk Batik.










Keesokan harinya mula la bekerja. Sebelah pagi temankan rakan sekerja aku ke Pangkalan Tentera Laut Malaysia. Pada sebelah petangnya ke Pelabuhan Lumut untuk selasaikan tugas aku.

Kerja settle pukul 6 petang. Disebabkan ada kerja urgent yang perlu disiapkan, terus aku bertolak balik ke Kerteh. Terasa amat tak larat sebab tak berapa sihat tapi gagahkan jugak. Budget boleh sampai dalam pukul 3 pagi.

Haa.. Aku ni failed sket bab-bab navigation nie. Slalu je sesat, so GPS handset dipasang. Hurm.. 540km, boleh tahan jauhnya.

GPS tunjuk jalan melalui Fraser Hill. Aku yang tak pernah tau condition jalan tu, layan je la. Tobat dah tak nak lalu jalan ni. Pukul 1 pagi di tengah hutan, nak berhenti pun takut. Even takde tempat langsung untuk stop sekejap. Tangan dah menggeletar (bukan takut tapi dah tak bermaya, hehe). Muka dah lencun dengan peluh. Akhirnya berhenti jugak kat tengah-tengah hutan tu, termuntah. 1st time aku rasa mcm drive kereta nie tak best.

Sambung lagi perjalanan. Dalam fikiran hanya fikir, bila la jalan bengkang-bengkok ni nak habis. Teringat jugak cerita sejarah di mana komunis ambush tentera Malayu di Fraser Hill.

Akhirnya jumpa pondok polis. Pondok Polis Tranum. Aku berhenti dan seorang anggota polis keluar bertanya, "Ya, boleh saya bantu". Menjawab, "Berapa jauh lagi nak sampai ke bandar terdekat?". Abg Polis, "Lebih kurang setengah jam lagi". Termenung kejap, "Boleh saya tunpang rehat di sini kejap, tak larat dah nk drive". So, aku tido kat pondok polis tersebut sejam.

Sambung perjalanan pukul 2 pagi dan tiba di bandar Bentong pukul 2.30 pagi. Aku decide untuk bermalam di sini. SMS bos mengatakan aku masuk kerja lewat keeesokan harinya untuk discuss kerja urgent tersebut dengan beliau. Akujuga akan ambil cuti la sebab akan masuk lewat kerja.

Keesokan paginya bangun solat Subuh, demam semakin manjadi-jadi. SMS lagi skali bos, "I can't make it on time :(". Tekak pulak buat hal, dah ada ulser kat pangkal tekak. Adieh, peritnya nak menelan. Lepak je la kat hotel sampai pukul 11 pagi pastu bertolak balik ke Kerteh. Tiba di Kerteh pukul 1 petang.

Sepanjang hari tu hanya makan mashed potato dan 3 air kotak.

Trip yang sememangnya tak best...

0 comments:

Erzwan.com