my life after graduate: "Rules of Life” – Sunahtullah

Saturday, November 05, 2011

"Rules of Life” – Sunahtullah

Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tapi yg lain pula yg jadi. Sebaliknya, ada yg kita tidak inginkan sama sekali, tapi itu pula yg berlaku.

Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sgt kecewa.

Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. So, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?

Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama… Kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!

0 comments:

Erzwan.com